Hari Keluarga Sukres

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN ACARA. PELBAGAI AKTIVITI KAMI SEDIAKAN. IBU BAPA BOLEH MENIMBA PENGETAHUAN MENGENAI KECERGASAN ANAK-ANAK MENGIKUT UMUR KRONOLOGI KANAK-KANAK TERSEBUT.

Peralatan

1) Set Penjaga Gol

 

2) baju Pemain

 

3) Kasut

 

4) Kayu

 

5) Pelindung Muka dan Tangan

Cover Buku Hoki

 

Cover buku ini adalah tugasan yang diberi untuk kelas Teknologi Pendidikan. Inilah hasil yang dapat ditunjukkan setelah mengambil masa yang agak lama.

Anugerah Astro Arena pertanding lapan kategori anugerah sukan

ASTRO Arena (Saluran 801), meraikan ulang tahun kedua dalam dunia sukan penyiaran, akan mempertandingkan lapan kategori anugerah pada malam Anugerah Astro Arena 2012 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur pada 24 April ini, bermula jam 7.30 malam.

Majlis berprestij itu yang memberi pengiktirafan kepada atlet dan personaliti sukan atas pencapaian cemerlang mereka dalam arena sukan negara sepanjang tahun lalu akan turut dihadiri jaguh sukan negara.

Bagaimanapun, kemuncak acara malam itu akan menyaksikan anugerah buat Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan, Atlet Wanita Pilihan Berpasukan, Atlet Muda Pilihan, Kebangkitan Pilihan, Jurulatih Prihatin, Blog Sukan Pilihan, Perlawanan Pilihan dan Meja Sukan Pilihan (Media Cetak).

 Sehubungan itu, pihak Astro Arena membuka undian kepada orang ramai untuk mengundi kategori dipertandingkan itu di laman web rasmi Astro Arena, http://www.arena.my. Astro Arena meraikan ulang tahun keduanya pada 26 Mac lalu.

Hoki wanita impi ke Olimpik

Image

KUALA LUMPUR – Kerja keras skuad hoki wanita ditagih oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam usaha meraih tiket Sukan Olimpik 2012 apabila mereka beraksi pada kejohanan kelayakan di Kakamigahara, Jepun dari 25 April hingga 6 Mei ini.

Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, selepas pasukan lelaki gagal melangkah ke Temasya London, giliran skuad wanita pula cuba menggalas misi tersebut biarpun sedar ia bukan tugas mudah.

“Saya berharap mereka mampu mendapatkan keputusan yang baik iaitu layak ke Sukan Olimpik dan mereka perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat tersebut.

“Saya doakan yang terbaik buat pasukan wanita kita yang bakal berangkat ke Jepun,” kata Tengku Abdullah semalam.

Beliau berkata demikian selepas menemani Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad remaja 2013 menentang pasukan remaja Pakistan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Terdahulu, Sultan Azlan Shah, yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) melawat pemain hoki wanita negara yang menjalani latihan persediaan.

Pada perlawanan kelayakan tersebut Malaysia diundi bersama tuan rumah, Jepun, Belarus, Chile, Azerbaijan dan Austria.

Sementara itu ketika ditanya tentang status jawatan Setiausaha Agung MHC yang ketika ini masih belum diisi, Tengku Abdullah berkata, semuanya akan diketahui pada mesyuarat majlis, esok.

“Perkara ini adalah antara yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat esok (hari ini) begitu juga dengan ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan.

“Saya harap semua ini dapat diselesaikan dan saya memerlukan sokongan daripada ahli majlis pada mesyuarat itu nanti,” kata Tengku Abdullah.

Sebelum ini jawatan Setiausaha Agung MHC disandang oleh Maninderjit Singh sejak Oktober 2010, namun beliau meletakkan jawatan, bulan lalu .

Skuad hoki wanita yakin lepasi kelayakan Olimpik

KUALA LUMPUR: Walaupun skuad hoki lelaki yang mempunyai reputasi lebih tinggi gagal menempah tiket ke Olimpik London pada Julai, skuad wanita pula optimis dapat melepasi kelayakan Olimpik di Jepun pada April ini.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia, Dr S. Shamala berkata, sebelum ke Jepun, skuad wanita negara terlebih dahulu akan ke Korea Selatan selama 10 hari, dari 16 April ini untuk mengadakan latihan dan menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan negara tersebut.

“Skuad kemudian akan menghadapi kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun yang akan berlangsung dari 26 April hingga 6 Mei,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata skuad negara akan menentang Jepun, Belarus, Chile, Azerbaijan dan Austria pada kelayakan tersebut.

Image
 
Di atas kertas, skuad negara yang menduduki ranking ke-23, Persekutuan Hoki Dunia (FIH), bakal menghadapi saingan sengit daripada pasukan yang mempunyai ranking yang lebih baik.

MASUM HOKI USM PULAU PINANG 2012

Kejohanan sukan hoki antara Universiti pada tahun ini akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Kejohanan akan berlangsung pada 1 MEI hingga 7 MEI 2012. Setiap pasukan pastinya akan menurunkan pasukan yg terbaik untuk menjadi johan dalam kategori masing-masing. Terdapat dua kategori untuk pasukan lelaki iaitu devisyen satu dan devisyen dua. Pastinya akan menjanjikan perlawanan yang menarik dapat disaksikan.

Juara devisyen satu tahun lepas

Image

Nantikan acara yang menarik yang akan berlangsung di USM Pulau Pinang. USM juga terkenal dengan PESTA HOKI USM yang mendapat sambutan hangat dari pemain seluruh Malaysia. Kebiasaan pesta ini akan berlangsung pada akhir tahun setiap tahun. Pesta ini adalah pesta hoki yang paling mendapat sambutan di Malaysia. Ianya juga disertai oleh pasukan luar negara seperti Sri Langka, Thailand, dan lain-lain.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PESTA HOKI USM 2011

ImageImageImage

TERIMA KASIH.