ASTRO Arena (Saluran 801), meraikan ulang tahun kedua dalam dunia sukan penyiaran, akan mempertandingkan lapan kategori anugerah pada malam Anugerah Astro Arena 2012 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur pada 24 April ini, bermula jam 7.30 malam.

Majlis berprestij itu yang memberi pengiktirafan kepada atlet dan personaliti sukan atas pencapaian cemerlang mereka dalam arena sukan negara sepanjang tahun lalu akan turut dihadiri jaguh sukan negara.

Bagaimanapun, kemuncak acara malam itu akan menyaksikan anugerah buat Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan, Atlet Wanita Pilihan Berpasukan, Atlet Muda Pilihan, Kebangkitan Pilihan, Jurulatih Prihatin, Blog Sukan Pilihan, Perlawanan Pilihan dan Meja Sukan Pilihan (Media Cetak).

 Sehubungan itu, pihak Astro Arena membuka undian kepada orang ramai untuk mengundi kategori dipertandingkan itu di laman web rasmi Astro Arena, http://www.arena.my. Astro Arena meraikan ulang tahun keduanya pada 26 Mac lalu.

Advertisements