Skuad Hoki Olimpik Malaysia akan berdepan laluan getir untuk melayakkan pasukan negara mara ke Olimpik London 2012. Kekalahan kepada Korea Selatan semalam menyebabkan anak-anak buah Tai beng Hai perlu menang keatas tuan rumah, Ireland esok untuk memastikan kedudukan 1 atau 2 kumpulan.

Namun bagi pemain muda negara kali pertama merasai bahang beraksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland bukanlah menjadi masalah besar kepada barisan pemain muda negara untuk mempamerkan aksi cemerlang. Antara pemain yang layak untuk diberi pujian termasuklah Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin serta Fitri Saari yang setakat ini ternyata tidak mengecewakan skuad negara apabila dilihat lebih menonjol berbanding pemain lebih senior.

Advertisements