KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan sasaran untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah yang akan membuka tirai pada 24 Mei ini hingga 3 Jun di Ipoh, Perak.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sasaran itu jika dapat direalisasikan, sedikit sebanyak mampu memperbaiki imej skuad senior yang gagal dalam kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012.

Tambah Nur Azmi, skuad kebangsaan perlu mempamerkan persembahan terbaik pada kejohanan ini memandangkan mereka akan menentang pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia.

“Saya yakin mereka mampu melakukannya kerana tiada apa yang berubah pada skuad kebangsaan, malah jurulatih (Tai Beng Hai) turut dikekalkan.

“Beraksi di laman sendiri sudah tentu bakal memberi kelebihan buat pasukan negara terutama untuk mencapai sasaran itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis tajaan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 di sini, semalam.

info : http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm

Advertisements