Malaysia Juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-7 tahun 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan hoki tanah air. Selepas kejohanan ini diperkenalkan sejak tahun 1987, akhirnya pasukan Hoki Remaja Malaysia mencipta sejarah apabila memenanginya buat kali pertama edisi ke-7 tahun 2012 selepas menundukkan pasukan pilihan Pakistan 2 – 1 pada perlawanan akhir di Melaka. Ini merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah hoki Malaysia dimana menobatkan Malaysia sebagai pasukan hoki remaja gergasi di rantau Asia. Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana seluruh Asia akhirnya tunduk kepada kehebatan pasukan hoki remaja Malaysia.

70 minit perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-7 2012 sungguh mendebarkan sehingga pengadil perlawanan melayangkan 3 kad kuning di separuh masa kedua. Separuh masa pertama Malaysia cemerlang dengan mendahului 1 – 0 seawal minit ke-2 melalui jaringan penalti sudut pendek yang disudahkan oleh Faizal Shaari. Malaysia mengandakan asakan dan pada minit ke-17 Malaysia menjarakkan kedudukan 2 – 0 hasil jaringan padang cantik oleh Syamin betul-betul di sudut kiri gol Pakistan hasil hantaran silang dari kiri. Namun sebaik bermula babak kedua, pasukan Pakistan pula yang banyak menguasai permainan dan berjaya merapatkan kedudukan 1 – 2 hasil jaringan padang oleh Iafran yang mudah menolak masuk hantaran lintang dari kanan gol malaysia. Jika pemain pertahanan tidak leka mungkin Pakistan tidak dapat menjaringkan gol ini. Dengan kejayaan ini pasukan Hoki Remaja Malaysia dapat menebus kekecewaan mereka yang kalah dalam kejohanan sama di Final 1992 kepada pasukan Pakistan semasa Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-2 yang pada masa itu diadakan di Ipoh. Berlanjutan dengan kejayaan tersebut Pasukan Hoki Remaja Malaysia juga layak ke Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2013 yang akan diadakan di India. “Syabas dan tahniah kepada Pasukan Hoki Remaja Malaysia” – Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

Peringkat Kumpulan
Malaysia vs Iran (6 – 1)
Malaysia vs Korea (6 – 3)
Japan vs  Malaysia  (1 – 3)
Separuh Akhir
Malaysia vs India (2 – 0)
Akhir
Malaysia vs Pakistan (2 – 1)
Berikut adalah rekod pasukan hoki remaja Malaysia sejak tahun 1987 :
1987 – Kedudukan ke-4/7
1992 – Naib Johan/10 (tewas kepada Pakistan di Final)
1996 – Kedudukan ke-5/10
2000 – Kedudukan ke-3/11
2004 – Kedudukan ke-4/10
2008 – Kedudukan ke-5/8
2012 – Juara/8